Sek.
Men. Keb. Bukit Jalor (SMKBJ) yang terletak dalam daerah Tampin telah diasaskan pada tahun 1971. Keseluruhan
pelajarnya adalah dari Felda Bukit Jalor, kampung-kampung sekitar, estet-estet,
dan kawasan Pekan Air Kuning Selatan yang berhampiran.
Pada
awal penubuhannya para pelajar menumpang di Sekolah Kebangsaan Air Kuning
Selatan dan Balai Raya Air Kuning Selatan. Pelajar-pelajar berpindah masuk pada
pertengahan penggal kedua 1974 apabila blok bangunan mengandungi bilik-bilik
darjah dan makmal sains, sebuah bengkel Seni Perusahaaan dan sebuah kantin siap
dibina. Sebuah padang permainan juga turut dibina. Di peringkat permulaanya
SMKBJ mempunyai 6 tenaga pengajar dan 74 orang pelajar dari kedua-dua aliran
Melayu dan Inggeris.
Pada tahun 1978 sebuah lagi blok tambahan mengandungi 6
bilik darjah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah. Pada tahun
1987 sebuah surau dibina atas usahasama PIBG dan masyarakat setempat. Dua unit
rumah guru juga dibina pada tahun 1987. Kemudiannya pada tahun 1993 satu blok 8
bilik darjah, satu blok bengkel KHB , satu blok makmal sains dan sebuah rumah
hijau siap dibina.
Pada 01.09. 1996 SMKBJ telah mengadakan sambutan Jubli Perak
yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Menteri
Pelajaran ketika itu. Kemudian pada tahun 2001 sebuah Makmal Komputer pula
telah dibina. Menjelang akhir tahun 2003 kompleks baru SMKBJ hampir siap dibina
sepenuhnya mengandungi dua buah blok bangunan 4 tingkat, satu blok 2 tingkat
makmal sains, satu blok 2 tingkat KHB, sebuah dewan besar , sebuah dewan
serbaguna, sebuah kantin dan sebuah padang permainan.
Nama Sekolah :Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor
Alamat :73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
No.Telefon/Fax : 06 - 4479305
Jarak dari JPNS : 100 km
Jarak dari PPD Tampin : 47 km
Sekolah -sekolah Federer :
No.Telefon/Fax : 06 - 4479305
Jarak dari JPNS : 100 km
Jarak dari PPD Tampin : 47 km
Sekolah -sekolah Federer :
-SK Bukit Jalor
-SK Air KuningSelatan
-SJK (C) Air Kuning Selatan
-SJK (T) Air Kuning Selatan
-SJK (C) BukitKeledek
No comments:
Post a Comment