Wednesday, August 8, 2012

PIBG Tahun 2012

PIBG SMK Bukit Jalor diadakan pada 29 Februari 2012 di Dewan Sekolah.

PIBG sekolah diadakan untuk mengembeleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan sekolah, membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan serta memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding antara satu sama lain berkenaan cara memperbaiki taraf pendidikan anak -anak mereka.

Pada PIBG ini juga berlangsung  penyampaian anugerah buat murid yg cemerlang.







Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2012

Sambutan Maulidur Rasul diadakan di Peringkat Sekolah pada 24 Februari 2012 bagi meraikan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengembalikan ingatan kita terjadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah SAW.Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang,menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Walaupun sambutan Maulidur RAsul ini adalah satu adat sahaja diharap ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.InsyaAllah.





Program Pengurusan Jenazah Peringkat Sekolah Tahun 2012

Program Pengurusan Jenazah Peringkat Sekolah diadakan pada 11 Februari 2012.
Program ini diharap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara menguruskan jenazah dengan betul.
Diharap murid yang datang menjayakan program ini mendapat manfaat yg berguna dalam membantu kita menjalankan fardu kifayah ini.

Gambar sepanjang program :







Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah Tampin Tahun 2012

Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah Tampin diadakan pada 1 dan 2 Februari 2012 bertempat di Dewan SMK Bukit Jalor.

Kejohanan ini diharap dapat melahirkan murid yg cemerlang bermain sukan Ping Pong .

Gambar sepanjang Kejohanan berlangsung :