Sunday, July 3, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Photobucket

Photobucket

Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan dasar Satu Murid Satu Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan bersukan seiring dengan keperluan akademik.

Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial. Oleh itu, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif mengikut piawai falsafah pendidikan Negara.

Program ini diharap setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bagi menyokong pelaksanaan falsafah pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

       

        

       

       

       

       

       

No comments: